Gelaran diraja Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Jumaah Majlis DiRaja sukacita mengumumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia SultanIbrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dengan kuasa hak dan keistimewaan Baginda dibawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7 (2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Disember 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berkuatkuasa serta-merta pada 7 Januari 2024.[3]